Territory Amirah
D'Owner!



Navigation : Hover the image



Entries About Linkies Stuff

Annyeonghaseyo. Welcome to my wonderland. Replace this with your own profile.


Tagboard!



Follow Me



Blog Archive

  • Allah ada dekat dengan kita dan dia tidak meningga...
  • ..kuatkanlah aku...
  • rehat kejap boley??
  • arghh,,need to get ready now!!
  • chocs n exams
  • a thought,a ReminDeR
  • urmm,,it begins..~~..
  • ''blAik kAmpUng''
  • jauhhhh..Ke KL???DSLR??
  • haSrAtku Tak sAmPai..


  • Credits!

    Template: Nurul AtiQah
    Edited By: Princess Amirah
    Others:   



     kisah sal rumput nie sbnrnye,tjuk tzkirah sye mse kat dorm hri tu..huhu,,agk mnarek..
    ,,pendek je nie~~hehe~
    =)meh nak citer...,,,

    Seorang pelajar bertanya kepada gurunya yang sedang mengajar mengenai kasih dan sayang secara am.


    Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

    Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

    Cikgu
    : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

    Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

    Cikgu
    : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas

    Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

    Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

    Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

    Pelajar
    : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

    Cikgu
    : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila jangan
    kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

    Click Me
    Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


    0 Comments:

    Post a Comment